Friday, July 24, 2009

Kenapa perlukan dua badan siasatan?

Kami hairan dengan keputusan BN untuk menubukan dua badan untuk menyiasat kematian mendiang Teo Beng Hock yang dijumpai terbunuh di ibupejabat SPRM Sengor minggu lalu.

Apakah motif sebenarnya BN membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja yang hanya menyiasat kaedah penyiasatan SPRM dan tidak pula terhadap punca kematian Teo pada keseluruhannya. Siasatan terhadap punca kematian Teo telah diberikan kepada sebuah Inkues Majistret yang akan dibentuk bagi menfailkan hasil penugasan mereka.

Dengan dua badan yang menjalankan siasatan tersebut, ianya telah jelas memberikan satu gambaran bahawa kedua-dua entiti tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas mereka secara berkesan.

Selain daripada itu, kami juga percaya bahawa kedua-dua badan tersebut besar kemungkinan akan bercanggah pendapat mengenai hasil siasatan mereka dan apabila hasil siasatan mereka ini bercanggah, bagaimana pula kedua-dua pihak tersebut akan dapat menyelesaikan siasatan mereka dengan lebih terperinci?

Oleh kerana kaedah penyiasatan SPRM tersebut berkait rapat dengan kematian Teo, kenapa pula BN mahukan agar kedua-dua prosiding tersebut dijalankan secara berasingan? Kerana ingin melindungi SPRM dan tidak mahu memalukan mereka? Ataupun mereka cuba menyalahkan simati itu sendiri semata-mata?

Dan oleh kerana kedua-dua proses tersebut dijalankan secara berasingan, kemungkinan besar kesemua bentuk siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja dan Inkues Majstret masing-masing tidak akan membawa sebarang kesan yang efektif mahupun efisien.

Perbuatan BN ini bagaikan suatu penipuan terhadap rakyat yang mahukan keadilan untuk Teo, tunang dan sekeluarganya.

No comments: