Tuesday, July 7, 2009

Pemuda Umno kian ganas, pemimpin PR Melaka diserang

Berikutan insiden ahli-ahli pemuda Umno Bukit Katil bertindak ganas dengan menyerang serta mencederakan pemimpin Pakatan Rakyat Melaka, ianya telah jelas menunjukkan bahawa Umno semakin ganas dan sanggup menggunakan kekerasan bagi memastikan orang ramai dan masyarakat mematuhi prinsip dan konsep ketuanan parti mereka.

Malah, oleh kerana ketuanan mereka yang sangat tinggi, ahli-ahli pemuda Umno ini telah menunjukkan kepada umum bahawa mereka berkuasa mengetepikan undang-undang kerana kuasa-kuasa kebal yang mereka miliki selaku ahli Umno.

Ahli-ahli pemuda Umno ini sungguh berkuasa sehingga dapat mencederakan orang-orang di mana sahaja mereka suka.

Apabila ahli-ahli jawatankuasa PAS dan DAP di Melaka sama-sama berganding bahu nenbuka kaunter di sebuah pasar awam untuk mendaftarkan pengundi baru, ahli-ahli pemuda Umno ini cuba memutarbelitkan keadaan dengan mengatakan bahawa PAS dan DAP sedang menjalankan kempen pengambilan ahli-ahli baru untuk parti mereka di pasar awam.

Ini adalah helah pemuda Umno semata-mata bagi menutup kejadian keganasan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli mereka dengan menyalahkan orang lain kononnya pergaduhan tersebut dicetuskan oleh PAS dan DAP di kawasan tersebut.

Pemuda Umno berharap dengan memutarbelitkan kejadian yang sebenar dapatlah mereka mengalihkan perhatian masyarakat terhadap perbuatan mereka yang ganas dan kejam yang telah menyebabkan beberapa orang ahli PAS dan DAP termasuk ADUN kawasan Ayer Keroh Khho Poay Tiong mengalami kecederaan akibat dipukul dan dibelasah.

Jadi, kita telah saksikan daripada kejadian itu, pihak polis pun tidak dapat berbuat apa-apa dengan berkesan kerana PDRM adalah dikawal selia oleh kementerian dalam negeri (KDN) yang pada masa yang sama diterajui oleh seorang naib-presiden kanan Umno.

Oleh yang demikian, bagi melindungi ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat daripada ancaman keganasan yang dipelopori oleh Umno, Pakatan Rakyat perlu membentuk sebuah pasukan keselamatan mereka sendiri bagi tujuan tersebut dan pada masa yang sama memastikan agar keselamatan masyarakat kita juga akan terjamin.

Setelah kehilangan sokongan dan pengaruh di dalam pilihanraya umum yang lalu, Umno semakin ganas dan bagi memastikan kuasa ketuanan mereka tidak diancam, mereka sanggup menggunakan apajua cara bagi memastikan tujuan-tujuan politik mereka yang keji itu dapat dicapai.

No comments: