Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula baru-baru ini di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut dengan mengangkat tangan masing-masing sebagai tanda bantahan mereka terhadap kedudukan Rosmah sebagai canselor di universiti tersebut.
Ya, memang benar Rosmah tidak punyai sebarang kebolehan mahupun pengalaman sebagai seorang profesional untuk mentadbir urus universiti tersebut. Jadi adalah menjadi sia-sia sekiranya Rosmah dibenarkan untuk meneruskan kedudukan beliau di Unisel.
Jadi kami ingin menyeru kerajaan negeri Selangor agar segera menggugurkan Rosmah daripada Unisel bagi membolehkan perlantikan dari kalangan golongan professional dilaksanakan. Rosmah sememangnya tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk menduduki kerusi canselor di Unisel.
No comments:
Post a Comment